Thursday, May 31, 2012

instgram ~ what the HECK? hahaha

Assalamualaikum kawan-kawan.

Alhamdulillah, sudah sampai ke rejab ke-10.
rasa kesian pula kan WM ini.
update harian via BLOG. hahaha

entri tajuk khas tuuuu.
semalam saya semangat lah cari sesuatu yang saya idam-idamkan since saya sudah bekerja ini.
untuk TREAT diri saya sebenarnya.

then apabila fikir punya fikir punya fikir, patut atau tidak saya dapatkannya..


tidak mengapa, kita berangan dulu lah bah kan.
nanti-nanti ada rezeki, kemahuan kuat baru dapatkan.

SO, instgram itu adalah kriteria yang diperlukan sebab nampak KLASIK..

macam mana hati tidak tertawan?


Wednesday, May 30, 2012

*clueless wednesday WM

30 Mei 2012

***

It's been a while since saya buat praktikal di Muzium Sabah tahun lepas.
Utk penduduk rakyat jelata negeri Sabah yang ku rindui, selamat bercuti UMUM Keaamaatan ya :]

Kalau di Sabah cuti-cuti pesta menuai ini lah macam-macam agenda akan berjalan, berlangsung dan berjalan.
Kenduri sana sini, kahwin sedara sebalah situ, sebelah sini, dekat jauh.
Mama lah orang paling busy meningat siapa punya anak, orang mana yangakan kahwin minggu sekian-sekian.
 SERIUS,
attend kenduri kahwin NOT MY TYPE ok.


akan tetapi Babah pernah cakap dulu bila saya cakap tidak mahu menghadiri majlis orang kahwin.

Babah :  Jangan sebab belajar jauh-jauh, sampai sombong nda mau kenal saudara mara.
WM:  *dlm hati ~ nda niat pun mcm tu* 
*buka mulut~ Bukan sebab tu la Baa. Malas lah mau datang sana. Nanti jumpa orang, mesti dorang cakap... ee, besar sudah anakmu. bujang sudah..blablabla..*
Babah : Biarlah, memanglah. time ni lah kau kenal sanak saudara. Mun kami nada sudah, siapa lagi kan mengenalkan?

WM:  tengoklah macam mana.. =.=

akan tetapi, kalau babah bawa datang open house atau beraya rumah sanak saudara WM suka.
sebab makan. hahaha.
bukan saya ini anti-sosial tetapi saya memang kurang selesa bila campur dengan ramai-ramai orang. rasa kecil sangat diri ini.

okay, apa tujuan entri ini?
 tiada apa-apa pun.


hahahahahahahahahaha


Okay, sekian. Bye-bye.
Mari layan JAB WE MET sebab semua channel k-pop yg dilayari telah disekat oleh pihak ICT. 
tidak tahu ianya berlanjutan ataupun sementara.

Selamat Bercuti semua. 


* kodek-kodek incik Goggle jumpalah dia ini.*






Wednesday, May 23, 2012

dua minggu yang sekejap

Bismillahirahmanirahim

Rasanya lama betul tidak update pasal perkembangan diri sejak empat lima purnama bukan?
beginilah nasib.
orang kerja sampai blog memang bertagar. hahaha~
hari ini hari rabu.
Dzul mau balik Sabah sudah hari sabtu ni.
mesti WM akan rasa kehilangan sikit-sikit.

sebenarnya dzul datang sini bercuti sem dua minggu pun sudah cukup buat WM rasa hilang rindu sikit sama rumah.
walaupun orang akan cakap, okaylah tinggal juga dengan family sebab tumpang rumah makcik kan, tapi itu tidak sama dengan hidup sebumbung dengan darah daging sebin dan sebinti di samping kicauan bebelan babah dengan mama utk didengar.
  
Bukan lah niat untuk merungut atau apa-apa sebabnya WM sangat bersyukur dapat kerja sendiri, merasa duit sendiri.
Somehow, WM betul2 rasa rindu juga duduk di rumah keluarga sebin dan sebinti. 
Bila duduk rumah jarang betul nangis.
sini bila duduk jauh-jauh, ada ja nda kena di hati terus rasa merundum.
nangis pun sebelum tidur.

serius best duduk sini kerja sini, mungkin lah kan WM memang belum matang sepenuhnya.
belum kuat utk melayan karenah2 orang-orang di sekeliling WM.

it's okay.
Raya pun nda lama lagi.
sungguh tidak sabar menanti kehadiran Ramadhan seterusnya balik kampung utk bercuti raya.
Semoga Allah permudahkan hari-hari saya di bumi KL, semoga tidak menjadi hambaNYA yg lupa diri, kufur nikmat. 



Aaaaaaminnn.

gegar otak mak tau.. :p

gonna miss u like missing home. uwaaa.
harap-harap tidak nangis time hantar di airport.

Monday, May 7, 2012

07052012~ kismis.

Dengan izin Allah, semoga dieprmudahkan peperiksaan pagi dan petang saya.
Aaaamminn.


* heheeee....
.zaman-zaman belajar dahulu kala sahaja saya sangat rajin meratah kismis sebab saya kan short term memory type of person.

Babah :  Mesti boleh buat tu. Mama dgn babah doakan kau.
WM:  Ya laa~ tapi ramai yang dapat ba tu baa.
Babah :  Isk, kau ni lah. Doa mama mu 20 kali lagi cepat sampai. Jangan risau.

*Saya bukan risau tetapi tidak sedap hati. hehehe.