Tuesday, September 10, 2013

faktanya sebagai ....

Bismillahirahmanirahim..

Salam 4 Zulkaedah 1434H :)

hari ni tiba-tiba rasa TER-rajin untuk update blog. 
WM ni ada satu habit yang ntahrasapelikpunado. hehe

B... U... K... U 



kalau orang-orang perempuan sebaya WM lebih terangsang untuk membeli baju santik-santik, set mekap comel-comel, beg-beg vogue, kasut-kasut branded....... WM lain. 

WM lagi mudah terkesima, terGODA dengan bau-bau buku. Kedai buku tu ada magnet yg kuat utk tarik WM masuk walaupun hanya utk membelek-belek helaian sahaja. 
Ada satu rasa ketenangan bila masuk dunia buku. 
WM sangguplah jalan jauh semata-mata untuk cari buku-buku best. 


Genre apa? genre bagaimana?
terkadang itu bukan soalnya. yang penting KEPUASAN memiliki, memegang dan melihat buku-buku tu SELAMAT menjadi tambahan koleksi-koleksi yang sedia ada. 

Mujurlah duduk KL, sejak zaman belajar dulu sampai lah sekarang berkerjaya katanya, rezeki masih di bumi KL, merasalah kumpul tambah koleksi buku sama ada bahan bacaan ilmiah, penerang raga, penyedap rohani, mahupun wand fantasi. *berangan kan seronok kawan2*. hehehe

masa dulu zaman sekolah, jarang lah minta duit dekat babah untuk beli barang2 kehendak sendiri al-misal kaset, cd hatta sang novelo cintun. memang babah x bagi baca, beli bahan-bahan merepek. al-penyelesaian adalah kumpul duit belanja sekolah sikit-sikit, then cukup duit baru beli. tapi suka rasa tu sebab kepuasan TINGGI.  beli dengan usaha menabung tuuu. 

bila masuk bab novelo cintun, WM ada satu perangai. WM x akan buka sarung novel ataupun baca novel tu selagi urusan sekolah belum habis... WM jadikan novelo-novelo yg belum dibaca tu perangsang untuk WM belajar kuat2 untuk exam. sebab WM akan self remind bahawasanya novelo-novelo itu hanya akan dibaca bila tamat peperiksaan. heeeeee. ari2 lah tengok novelo-novelo dlm almari tu dengan rasa 'uwaaaaaaaaaa, belum boleh buka lagiiikkk. :( 

then, bila habis exam, waktu malam lah WM akan rasmikan buku-buku tu utk dihadam. kalau kena novelo sedih kekeluargaan, memang basah lah bantal nangis-nangis baca. hahahaha. kalau baca novel romantikus, memang feeling habiss. rasa macam jadi watak dlm itu novelo pun hado. hihi.
pity me. 

masuk zaman belajar U.. hidup jauh dari keluarga, semangat ups and downs, mula berjinak-jinak dengan artikel-artikel motivasi, keagamaan, kerohanian. belilah majalah-majalah Al-ustaz, solusi bagai. mulalah kenal buku-buku motivasi, penceramah-penceramah motivasi..

WM cenderung pilih bahan-bahan bacaan ringan, novel-novel ringkas, cerpen. 
sampai setakat ni, belum pernah lagi baca buku-buku autobiografi semua tu. 
mostly bahan bacaan melayu.
adapun novel-novel inggeris, alamat ambil masa sedikit utk habiskan.

tetapi........
serasanya, boleh ja hadam genre autobiografi, philospohical semua tu.
untuk ilmu tambahan, pengetahuan sampingan.


Marilah kita ramai-ramai suka membaca. 


p/s: satu masalahnya WM xsuka baca newspaper. sebab tangan jadi hitam barangkali. hohoho.
till then, jumpa di lain entri.
hehe.

Assalamualaikum semua. 
semoga Allah redha.