Tuesday, September 10, 2013

faktanya sebagai ....

Bismillahirahmanirahim..

Salam 4 Zulkaedah 1434H :)

hari ni tiba-tiba rasa TER-rajin untuk update blog. 
WM ni ada satu habit yang ntahrasapelikpunado. hehe

B... U... K... U 



kalau orang-orang perempuan sebaya WM lebih terangsang untuk membeli baju santik-santik, set mekap comel-comel, beg-beg vogue, kasut-kasut branded....... WM lain. 

WM lagi mudah terkesima, terGODA dengan bau-bau buku. Kedai buku tu ada magnet yg kuat utk tarik WM masuk walaupun hanya utk membelek-belek helaian sahaja. 
Ada satu rasa ketenangan bila masuk dunia buku. 
WM sangguplah jalan jauh semata-mata untuk cari buku-buku best. 


Genre apa? genre bagaimana?
terkadang itu bukan soalnya. yang penting KEPUASAN memiliki, memegang dan melihat buku-buku tu SELAMAT menjadi tambahan koleksi-koleksi yang sedia ada. 

Mujurlah duduk KL, sejak zaman belajar dulu sampai lah sekarang berkerjaya katanya, rezeki masih di bumi KL, merasalah kumpul tambah koleksi buku sama ada bahan bacaan ilmiah, penerang raga, penyedap rohani, mahupun wand fantasi. *berangan kan seronok kawan2*. hehehe

masa dulu zaman sekolah, jarang lah minta duit dekat babah untuk beli barang2 kehendak sendiri al-misal kaset, cd hatta sang novelo cintun. memang babah x bagi baca, beli bahan-bahan merepek. al-penyelesaian adalah kumpul duit belanja sekolah sikit-sikit, then cukup duit baru beli. tapi suka rasa tu sebab kepuasan TINGGI.  beli dengan usaha menabung tuuu. 

bila masuk bab novelo cintun, WM ada satu perangai. WM x akan buka sarung novel ataupun baca novel tu selagi urusan sekolah belum habis... WM jadikan novelo-novelo yg belum dibaca tu perangsang untuk WM belajar kuat2 untuk exam. sebab WM akan self remind bahawasanya novelo-novelo itu hanya akan dibaca bila tamat peperiksaan. heeeeee. ari2 lah tengok novelo-novelo dlm almari tu dengan rasa 'uwaaaaaaaaaa, belum boleh buka lagiiikkk. :( 

then, bila habis exam, waktu malam lah WM akan rasmikan buku-buku tu utk dihadam. kalau kena novelo sedih kekeluargaan, memang basah lah bantal nangis-nangis baca. hahahaha. kalau baca novel romantikus, memang feeling habiss. rasa macam jadi watak dlm itu novelo pun hado. hihi.
pity me. 

masuk zaman belajar U.. hidup jauh dari keluarga, semangat ups and downs, mula berjinak-jinak dengan artikel-artikel motivasi, keagamaan, kerohanian. belilah majalah-majalah Al-ustaz, solusi bagai. mulalah kenal buku-buku motivasi, penceramah-penceramah motivasi..

WM cenderung pilih bahan-bahan bacaan ringan, novel-novel ringkas, cerpen. 
sampai setakat ni, belum pernah lagi baca buku-buku autobiografi semua tu. 
mostly bahan bacaan melayu.
adapun novel-novel inggeris, alamat ambil masa sedikit utk habiskan.

tetapi........
serasanya, boleh ja hadam genre autobiografi, philospohical semua tu.
untuk ilmu tambahan, pengetahuan sampingan.


Marilah kita ramai-ramai suka membaca. 


p/s: satu masalahnya WM xsuka baca newspaper. sebab tangan jadi hitam barangkali. hohoho.
till then, jumpa di lain entri.
hehe.

Assalamualaikum semua. 
semoga Allah redha.


Tuesday, June 4, 2013

kenapa OSTEMATRIK??

Semua produk KALSIUM yang dijual di pasaran sama?

Harga sahaja yang membezakan??


AS for me, the answer will be NO.

Harga setiap suplemen mengikut brand atau pengeluar sudah nyata akan berbeza. Strategi marketing lah katakan. hihihi


KENYATAAN semua kalsium itu sama sudah tentu tidak benar.
Setiap pengeluar tentu sahaja akan ada 'signature ingredients' they put along with their label or product right?


Nak tau manfaat utama Ostematrix?

  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress - ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi,mood sing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu buang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin. ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  • Vitamin D - dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia menigkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit pariodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panasperlu mengambil suplemen vitamin D.
  • Magnesium - Ia adalah iron positif no2 penting didialam tubuh kita. Ianya menggalakkan kamposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, mangenes, kuprum - memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot serta menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

kENAPA PERLU KALSIUM OSTEMATRIX PADA MEREKA?

✓ mereka yang kerap KELETIHAN dan KUAT BEKERJA untuk mengurangkan keletihan
✓ mereka yang sentiasa KEBAS kaki tangan di waktu malam
✓ Ibu-ibu MENGANDUNG, terutamanya yang sering mengalami sakit pinggang, cramp, kebas kaki
✓ Ibu-ibu menyusu yang menyusu kan si manja
✓ Mereka yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
✓ Mereka yang mempunyai malsah gigi dan kukunya mudah rapuh atau reput, patah
✓ Ibu-ibu dalam PANTANG yang mempunyai maslah SEMBELIT dan BUASIR




sumber kalsium terbaikkk ~ Ostematrik Shaklee


Semoga Allah redha

^________^





Perhatikan situasi yang dihadapi oleh setiap watak dalam gambar di atas.....

Sama macam anda? Kalau begitu, sama juga lah macam saya.
 Bukanlah semua, beberapa cuma.
hihihi

Berat badan berlebihan, cepat penat, sembelit mahupun stress adalah antara masalah yang common dirasai oleh semua orang. YA! Semua orang.
 Hal ini kerana KALSIUM sgt diperlukan bagi MENGEKALKAN kesihatan TULANG.
Lebih-lebih lagi bagi wanita hamil, KEPERLUAN utk mendapatkan kalsium tambahan dalam diet harian adalah satu kemestian. 
Hal ini penting bagi memastikan IBU kekal sihat untuk menampung KANDUNGAN yang sihat. 

OSTEMATRIX merupakan kalsium yg lengkap dihasilkan SHAKLEE.
Kalsium SHAKLEE terdiri daripada kalsium yang isinya paling seimbang memastikan KADAR PENYERAPAN adalah 99%. 



Formulanya unik, diperbuat daripada mineral semula jadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vit D, zink, kuprum, manganes dan boron. 
Nutrien - nutein ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. 


Apabila kalsium diambil bersama vitamin D, ya hasilnya tulang dan gigi yang kuat. Tapi tahukah anda itu tidak cukup?

Kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen.

Kerana itu kita perlukan Ostematrix ;)


INI FAKTA ~!!

:)
 1 tablet oste bersaman 250mg.
 untuk melengkapkan keperluan kalsium bagi mencapai tahap kesihatan optimum, kita sekurang-kurangnya memerlukan 1000mg kalsium setiap hari.

"ko larat nak telan 80 biji badam sehari?" 
kalau jenis rajin nak mengunyah, dibolehkan saja. hehee.

namun, Allah sudah tunjuk cara lebih mudah dan senang, malah BERBALOI utk bekalkan kalsium kepada badan dengan cara paling simple buka, ambil, letak dan minum air.

4 step mudah kan.
Buka tutup botol oste shaklee..
ambil 2 kaplet oste = 500mg kalsium
letak dalam mulut...
minum air banyak2.

Mudahhnya semudah petik jari. 
petik jari sakit la juga.
hehe.

Yang penting.....

Setiap pengambilan oste tu kena pastikan perut TERisi.
Kira jangan makan suplemen dengan perut kosong.




Thursday, May 30, 2013

GLA Complex yang haruslahh SHAKLEE :)

^________^


Assalamualaikum semua 


GLA atau nama saintifiknya (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. 

GLA merupakan sejenis asid lemak omega -6 yang digunakan oleh badan kita utk membentuk prostaglandin. 

apakah itu prostaglandin??
Prostaglandin ni adalah sejenis hormon dalam badan yg kita perlukan untuk membantu badan mengawal proses - proses badan yang normal. bahasa mudahnya, hormon prostaglandin ini sangat essential utk bantu badan kita beroperasi dengan baik dan maksima.

GLA complex terdiri daripada gabungan GLA, vit E dan sun flower seed oil.

Maka, minyak benih bunga matahari adalah salah satu sumber asid lemak omega - 6.
 GLA complex ini turut mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri serta menyokong sistem imun dengan memelihara intergriti sel. 

antara KHASIAT GLA complex ini....

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan (bagi pasangan yg ingin mendapatkan baby)
  • melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • membantu menangani masalah / simptom menopous
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu merawat ekzema (melegakan radang / gejala kulit)
  • melegakan simptom akibat artirtis reumatoid
  • menguatkan imuniti tubuh
  • mengandungi vit E menguatkan dinding arteri
  • memperlahankan proses penuaan
  • mengurangkan blood clot yg boleh menyebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolestrol
  • utk fungsi saraf
membantu membaiki simptom berkaitan kencing manis seperti peningkatan sensititviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan

SIAPA YANG PERLU GLA COMPLEX

~mungkin anda, anda, anda ataupun andaaaaaaaa ~

Hubungi saya sekiranya berminat :)

 ~ hazwanizarifah@gmail.com ~

Thursday, May 16, 2013

Info Indeks Glisemik [GI]


Bismillahirahmannirahim

Pagi khamis yang ceria nampaknya.
lagi-lagi kita meraikan hari guru pada tarikh keramat dalam bulan Mei ni kan.. =D

GI??? John Doe tau la kan?
GI??
Macam jarang-jarang dengar..
Atau pernah dengar tapi tidak ambil kisah??

hihihihi.
GI ni sebenarnya Indeks Glisemik atau dlm bhs ibunda nya Glisemic Index. (GI)

Sejarahnya indeks glisemik digunakan untuk membantu pesakit diabetik memilih makanan yg sesuai.
pendek kata, org sakit kencing manis, bab pemakanan memang kena jaga lebih kan.

Indeks glisemik merupakan kadar ukuran kualiti utk karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat tersebut dapat menaikkan paras glukosa dalam darah.

antara faktor yg mempengaruhi GI ni misalnya

* kualiti makanan
* jumlah dan jenis karbohidrat
* tahap pemprosesan makanan
* kandungan protein dan lemak
* keasidan

biasanya indeks glisemik untuk makanan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :


makanan dengan indeks glisemikyang tinggi akan menaikkan kandungan gula dalam darah dengan mendadak manakala makanan dengan indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur- ansur.

So, mana yang baik? 

makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur-ansur, maka ia akan memberikan rasa puas selepas makan dan akan rasa kenyang utk jangka masa yg lebih lama

sebaliknya,, makanan yg mempunyai indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan peningkatan perembesan tenaga oleh badan tetapi hanya dalam masa yang singkat dan sementara. Jadi, badan akan merasa lapar semula dengan cepat walaupun baru sahaja makan dan mencetuskan rasa tidak puas atau craving for more. 


secara praktikalnya...

kadar GI yang kita consume bergantung kepada apa makanan yang kita ambil.
contoh macam dalam graph kat bawah ni ...


Apple - kandungan GI rendah = 38

Aiskrim - knadungan GI medium = 61.

saya faham dengan mudah macam ni.

kalau kita makan epal, kita akan kenyang lebih lama sebab GI rendah maka paras gula dalam badan akan naik secara perlahan-lahan. slowly. 

kalau makan aiskrim, kita memang akan cepat rasa kenyang sebab kandungan GI yang tinggi. badan pun proses glukosa dgn cepat. dalam masa yang sama akan cepat rasa lapar sebab kenyang yang sekejap.


Teachers make man's perfecto :)

Happy Teachers Day :)

16 Mei 2013





Syukran 
^_____________^

" Guru antara yang paling banyak saham akhirat. Ilmu diamal tidakkan luput. Terus mengalir ke dlm kubur "

Wednesday, May 15, 2013

Tinggi atau rendah metabolisma kita ??


Selamat petang para pembaca maya blog saya.
hehehe.
al-maklum, tuan punya blog baru mengaktifkan sesi penulisan blog. 
makanya, jangan pelik, jangan hairan kalau dalam sehari dua ni lima ke enam entri saya post. =D

For a quick start -- saya sediakan info pasal metabolisma dlu ya.

Kenapa saya sibuk-sibuk mau kongsi pasal metabolisma? 
mestilaaa kawan. 
tinggi rendahnya metabolisma kita sangat mempengaruhi cara kita handle dengan daily permakanan sekaligus penting utk tahu to do and don't utk mendapatkan berat badan ideal. 


apa itu KADAR METABOLISMA??

Okey..
Kadar metabolisma adalah kadar atau tahap atau keupayaan serta kemampuan dimana badan kita membakar kalori. basically, setiap orang manusia mempunyai kadar metabolisma yg berbeza. ada yang tinggi, so makan banyak mana pun tidak menjadi masalah. bagi individu yg mempunyai kadar metabolisma yg rendah, proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan akan menjadi slow dan adakalanya mengakibatkan sesetengah drp lemak tersebut 'terselamat' drp dibakar dan 'tersorok' jadi lemak dalam badan.

secara ringkasnya, saya akan berkongsi tentang 10 tips utk meningkatkan kadar metabolisma kamu, kamu, kamu, kamu, ya kamu, kamu dan kamu.

makan yang kerap tapi sedikit
* semasa kita makan, secara automatik kadar metabolisma meningkat sebab badan sedang 'bekerja' memproses makanan untuk dihadam. Bro Kevin pernah cakap makanlah lima atau enam kali sehari nasi tu tak menjadi hal asalkan kuantiti nasi yg diambil utk setiap meal hanya segenggam saiz tangan anda..


makan yang berterusan
*  tak makan boleh kurus? tak makan boleh mengurangkan berat anda? kalau ikut hati, memang kita rasa lagi mudah utk turun berat dgn tidak makan kan? ramai yang anggap macam tu. saya pun 'pernah'. haha
actually, once kita skip makan, sebenarnya kita sangat rugi. kalau kita skip lagi daily meal, sangat2 lah rugi. kenapa rugi?? 
bila makan badan kita kekal 'bekerja' utk proses penghadaman, lagi kerap kita makan, lagi banyak yang akan dibakar kalori-kalori dalam badan itu. sebab badan kita berkerja.

pengambilan protein secukupnya
* protein chain are harder to break kata bro Kevin. makanya, proses penghadaman akan buat otot kita bekerja lebih. hasilnya, kadar keupayaan kita utk membakar lemak akan meningkat.

perbanyakkan minum air suam, air sejuk atau air putih
* minum air sejuk bukan maknanya minum air dengan ais. minum air yg disejukkan tu boleh. 
bila kita minum air sejuk, badan kita akan membakar kalori utk memanaskan kembali badan. 

makan spicy food more 
* lagi banyak makan makanan pedas, lagi banyak kalori akan dibakar semasa proses penghadaman.

berjalan dengan pantas


gunakan tangga secara maksimum


shaklee ~ inikalilah :P

Kronologi yang macam bukan kronologi.

Macam sama ja semua gambar2 ni kecuali gambar raya. 
Masa raya nampak la pipi tu jatuh sbb puasa sungguh2 makan sekali seari. 

Alkisah.
Start shaklee pada 11 disember 2012.
 masa trip Pangkor 28 dis 2012, Makcik saya cakap badan saya dah start mengecil balik.
baju2 saya pakai pun dah semakin longgar.

gambar yang menimbulkan banyak persoalan dan kata-kata nasihat utk kurus dari seluruh anggota keluarga adalah bertarikh 25 nov 2012.



TQ


kalau ikut zaman betul2 kurus, zaman sekolah dengan zaman belajar U. 
sebab saya dan kawan2 suka jogging petang2 dalam seminggu adalah 2 atau 3 kali. hohohoh


Hak saya :)
 zaman praktikal saya yg muda. :)

hak saya sahaja

see? saya dah jadi budak yg tembun dalam sekelip mata.

Alhamdulillah. 
Shaklee dan saya berpadu tenaga dan usaha dalam misi saya mendapatkan berat badan ideal saya mahukan. 

hak saya. Maaf :)


p/s : mungkin pasni ada orang akan komen ~~

"teknik pakai tudung je membezakan. "
 tapi saya sendiri rasa perubahan setiap inci sisi badan saya mengembang dan mengecut. itu realiti. hehe.

Wani Muchyz dan Shaklee

Salam  :)

Hari ni bersamaan 5 Rejab, saya rasa terbuka ruang hati untuk share pasal produk yang saya guna sejak limab bulan yg lalu.
Ya, SHAKLEE. 

produk shaklee ni sebenarnya sudah lama berada dalam pasaran.. kewujudannya memang diketahui umum. kebaikan, keberhasilan bergantung pada kepercayaan dan keyakinan serta kesungguhan kita dalam penggunaan utk kehidupan seharian masing-masing.

Al-kisahnya saya start shaklee sbb pening, rungsing dan senak sebab bila balik kampung november tahun 2012 utk kenduri kahwin pakcik saya, semua saudara mara, famili asyik ulang ayat yg sama.

"Eh, wani besarnya."
"Eh, wani kenapa berisi sangat ni?"
"wah, senang hati orang KL ni.. "(saya kerja dkt KL, still i'm Sabahan)
"Meng, dalam gambar fb tu macam kakak x knl sudah. lama kakak tengok gambar FB tu."
"wani, kenapa kau makin bulat ni? Baik ko jaga makan. Muda lagi kamu ni."


Ni antara beberapa poin-poin umum yg ditujukan direct di telinga saya tapi kesannya sampai ke hati. 
 tidaklah saya menafikan sejak setahun bekerja, berat badan saya memang naik dengan serius punya tahap mendadak. hahahaha

Masa mula masuk kerja on nov 2011, berat saya dalam 53kg.
sampailah sekarang dah lebih kurang setahun enam bulan saya kerja, berat saya pernah capai 65 kg. =.=
Tolonglah jangan terkejut sebab itu memang hakikat yang saya sendiri rasai dan alami.

orang kata kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 
MAKA, tanggal 11 disember 2012, saya decide utk try produk yg saya rasa affordable dan mudah utk saya hadam, telan serta murah dan diyakini ramai (based on testimoni yg saya baca)

saya jumpa FB kak Nini. 
memang masa tu Allah mahu kenalkan saya dengan kak Nini kan sebab Allah tahu apa yg saya perlukan.
so, saya PM kak Nini tnya pasal Shaklee.
 Saya bagitau masalah berat badan yg saya hadapi, masalah kulit yg saya mahu tangani.

Kak Nini  explain satu2 produk yg mungkin saya rasa mampu dan sesuai dengan bajet yg saya ada.
utk masalah berat badan berlebihan, saya di suggest utk guna Lecithin dan Herbalax. 

Lecithin ni bagus sebab fungsinya utk memecahkan lemak / kolestrol dlm badan. 
utk h-lax pula, saya perlu ambil sebab saya menghadapi masalah sembelit yg tidak lah teruk mana tapi akan tetap sembelit. haha. 
paling best psl h-lax ialah fungsinya membantu menyahtaoksinkan badan. yg mana segala toksin2 makanan yg terkumpul hasil permakanan sejak bertahun-tahun (ikut selama mana kita sudah start belajar sumbat segala jenis rasa, bentuk dan warna makanan) heee dalam badan kita. 

Secara automatik, saya tertarik hati utk mencuba. sebab saya yakin utk memberi peluang kepada diri saya. saya sayangkan diri saya. ini salah satu ikhtiar saya boleh cuba. 







Friday, March 1, 2013

Jumaat dan Mac pertama


Bismillahirahmanirahim.

hari ni tiba2 WM tergerak hati mau mengarang diari sesawang ini.
baru lepas ni WM ada attend interview utk gomen (sebulan yg lepas)

Alhamdulillah, utk kali ketiga attend interview pun belum lagi dapat merasa perasaan bahagianya kalau dipilih sebagai CALON LULUS INTERVIEW.

Ehh, bukan. bukan. 
mesti orang2 yg baca tulisan ni akan cakap " x bersyukur betul budak ni."
Bukan bersyukur tidak bersyukur jadi soalnya.
dan bukan juga mahu menyalahkan sesiapa. 
ini lebih kepada luahan peribadi dan memberi pandangan dari kaca mata saya sendiri.

Orang cakap mau masuk keja gomen sekarang bukan lah sesenang, semudah Malaysia muda dlu2.
sekarang ni, orang cakap penilaian kena buat based on soft skills.
Ok, fine. soft skills satu kelebihan dari segi kualiti calon.
tapi dalam masa yg sama WM sering bertanya " SEJAUH mana, SETELUS mana sesi interview tu berjalan? 

logiknya, orang di luar paling tidak pun akan cakap biasanya sebelum umur 30-an ni, dorang akan panggil berpuluh2 kali datang interview.

hasilnya?
daripada berpuluh2 tu kadang-kadang satu pun susah sangkut okey. haha
 *macam merungut? *

tapiiiiiiiiiiii.....






Bila baca kata-kata ni.. rasa macam kena simbah air sejuk bila duduk bawah sinaran matahari terik.

Allah memberikan yang terbaik tidak kira dalam bentuk kedukaan atau kesukaan, meskipun kadangkala tidak serasi dengan keinginan, tetapi percayalah Allah mempunyai perancangan yg jauh lebih indah..

Inshaa Allah ♥♥♥