Wednesday, April 20, 2011

describe me well ~

okay.

kita fokus pada satu elemen ja ari ni..

pada pndgn dan pengamatan peribadi :

Wani Muchyz sebenarnya sgt simple ..

sebagai contoh bila WM mengodek link2 blog, blog2 dunia hiburan, fb2 org WM lebih senang tgk pada headlines & visual seja..

WM xsuka baca entri satu2 smpi semput nafas..
WM juga x suka fikir yg complicated.

adakah WM tuh seorang yg liberal minded?
malas minded ke?
hehe minded seja?

ntahlaaahh labu..
yg penting WM x ganggu hidup org..

let me be what ever i want it to be.. ^.^


nti mesti wani rindu kak yana..
dua tahun duduk ngn akak..
-.-

jangan nanges tau bila wani dah takde dlm bilik kita nti..
sayangg akak..

macam mana eh rasanya bila . . .?

macam mana ehh?

apa rasanya bila org yg dekat dgn kita sebenarnya  look down dgn kita?

org tu sgt2 rapat, & kalau mau mogok sama org tu pun rasa2 x patut..

mayb kita boleh tgk dr sisi yg lain.

try our best to show her/him that we will always can do better with what we have now :)

Allah sentiasa dekat dgn kita.

selagi yg kita buat tu sah di sisi Islam, ilmu yg kita perolehi dan inshaAllah bakal kita amalkan akan diredhaiNYA..






oh, machooonya kamoo..:)

Sunday, April 17, 2011

oh wanita ~

Saidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

dipetik daripda : shahirul.com
*xjumpa link sb i share dr sahabat..*
InshaAllah, akan sy link kemudian..

HA

saya suka orang yg sweet tp bukan jambu.
saya suka HA
maka, saya suka HA sebab da sweet tapi bukan jambu..


HA~
baca tak baca tak?
confirm x baca..
sy simpan ati sy jauh dlm2 supaya org lain tak dpt buka.
utk kamu seja ni..:)

what if . . .

The most beautiful moment of my life is…
… When I loved you after meeting you
Now I know that you’re the biggest gift of my life
Baby girl, you’re my angel
Cuz I’ve fallen for you by your beauty
You, who grabbed my hand and pulled me out of the dark
Even when I’m struggling, I can smile because of you
Even when I fall down, I can get back up because of you
You are the only one in my life, that will never change,
Because my love for you is eternal
(You’re the one in my life)
I still have something to tell you
It might be a little late, but these are the words I never got around to say
The most beautiful moment of my life is…
… When I loved you after meeting you
Now I know that you’re the biggest gift of my life
We would chat
We would stroll
These were the happy moments because it was just two of us
We are two different persons
But we’re alike
And sometimes people would ask if we are siblings
We walk the same path
And share the same view
I will protect you, so trust me
You’re the reason of my life
If it’s just two of us we can be forever happy
The most beautiful moment of my life is…
… When I loved you after meeting you
Now I know that you’re the biggest gift of my life
I won’t let go of your hand
I will keep my promise like a man
Even time passes by
Even if the world changes
I will be by your side, because you’re the only one in my heart
Because I love you more than anyone else
You can’t be described with words
It wouldn’t suffice even if I shout that you’re the most beautiful person countless times
I will show you how much I love you
Because my love for you is eternal

i'm addicted to u . . . :)

rsnya semangat waktu exam pun x mcm ni tau.
pas subuh stay up sebab tgk kamu.
haha.
pg ja la bleh tgk kamu dgn tenang klu online lambat sket matilahh
tiada harapan..hoho..

okay, tu seja mau tulis..:p

Friday, April 15, 2011

facebook saya ~

ohlalala..

baru dua hari x buka..
rs mcm nda tahan2 suda ati ni mau klik button FB tu..
namu apakan daya..

kalau aku buka, nti ak terbaca status 'pemeriksa viva' ak nti jadi igauan malam2 terakhir pula..

so, baik jgn buka.
skg ni apa2 info, mmg ak dpt dr msg2 budak2 kls ja..
kwn2 kolej mmg tau dan sedia maklum ak off FB buat sementara waktu..

kepada sesiapa yg merindui updaing status Wani Muchyz, ntikan lah berberapa hari lagi beliau akan kembali beraksi,,
hehehe...


20hb april ni barang2 sepanjang 3 tahun di perantauan akan di packing..

sbb 30hb i'm back for good sudah..

ya kah?
mcm inda ja..
berat ati betul mau tinggalkan ukm..kwn2 amin,,bdk2 ansos yg happening..
=.=

sedih ohh..

eh, babah call smlm.
babah tanya :

Babah : ko mo jd cegu?
WM : ala, ndamoo bah..
Babah : jadi ko mo jadi apa nti? ramai org menganggur 3 thn sda..
WM : org mo smbg Master..hoho
Babah : ala, semntara wktu jd cegu sandaran la dlu..
WM : oh, ok. dpt duit kah tu?
Babah : mestilah.. rm900 bah tu..
WM : wahh, ok2.. tp bah namo skul mngh..kita unjar skul rendah k..
Babah : liatlah nti.. mana2 yg kosong..
WM : ok..
Babah : ko mo cakap sm mama?
WM : sda la bah..
Babah : ko behapa ni?
WM : org bru pas smbhyg.. 
Babah : tesis mu mcm mn? 
WM : ok, siap sda cuma mo tgu cuma mgu depan..
Babah : ba, ok tu seja..
WM: ok, assalamualaikum..
Babah : waalaikumusalam..

p/s : ari tu lama mama x tepon ak..dlm ati pk mcm2 sda..oleh sb ak anak yg jenis staright forward, ak call lah mama tanya.. 
WM : maa, kita marah ak ka? kli2 ak ada slh cakap kah dlu..
Mama : xda la..nada krdt kan telipon ko..hihi..

:) 
akhirnya saya lega..

sekian, berita melaporkan..

Wednesday, April 13, 2011

ViVa : tips

SELF-TRUST IS THE ESSENCE OF HEROISM


YAKIN DIRI 'SAYA BOLEH'

INSHAALLAH, DENGAN IZIN ALLAH DIPERMUDAHKAN..



viva : akan datang~

VIVA


apa juga VIVA nih?
jan kamu main2 sana.
VIVA ni la pemangsa paling bahaya bg student2 final year terutama para AnSosianss UKM..

VIVA mcm sesi bedah siasat dlm ayat mudahnya..
yg kena bedah siasat kajian tuh la..

nothing more can i say,,

hanya doa dan semangat mengiringi sesi VIVA sy nti..
Doakan saya dpt buat yg terbaik k..

mulut selalu cakap : kena yakin dengan diri sendiri WANI.
nih ja ko ada..
semua org akan lalui sesi VIVA tu, so ko pon xda beza sama org lain..
amik pengalaman berVIVA..

be mentally & emosionally prepared..

oh ya :

Wani Muchyz memang berhasrat offline FB sehingga beliau berVIVA.
ingin ketenangan diri katanya..:)

Ya Allah, hambaMU bergantung sepenuhnya dengan pentadbiran & pengurusan MU Ya Rabb.
Apa yg telah ENGKAU aturkan itulah sebaik-baik PERANCANGAN..



Tuesday, April 12, 2011

InshaAllah kita mampu buat :)


Buat teman2 Ansos 2008/2011~~

Tidak ada masalah yang terlalu besar utk diatasi,
tidak ada langkah yang terlalu panjang utk dijalani,
tidak ada orang yg terlalu besar utk dihadapi sekiranya kita menghadapi & menanganu setiap peristiwa yg terjadi itu dengan hati yang bersih & fikiran yg tenang..


Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmahMU dan limpahilah kami dengan khazanahMU, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Amin Ya Rabaalll alamin~


Saturday, April 9, 2011

^__________^

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian serta rasa kesyukuran diberikan kepada Allah SWT kerana dengan kasih sayang dan izinNYA, latihan ilmiah ini dapat disiapkan. Latihan ilmiah ini khas saya dedikasikan buat kedua ibu bapa saya Encik Anas Hj Yussof dan Puan Habibah Binti Kalong yang selama ini telah mengasuh, menyokong dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada saya.

            Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada Prof Dr Rahimah Abdul Aziz selaku penyelia saya atas nasihat, bimbingan dan segala bantuan yang telah diberikan. Saya amat terhutang budi kepada beliau yang dalam kesibukannya, sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk memberikan bimbingan dan teguran sehingga latihan ilmiah ini dapat disiapkan.

            Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi UKM yang telah menyajikan ilmu pengetahuan kepada saya selama ini. Penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) Datuk Misri Barham serta En Black selaku pegawai di Rumah Perlindungan Rumah Ehsan yang banyak meluangkan masa dan memberikan kerjasama untuk saya mendapatkan maklumat tambahan bagi latihan ilmiah ini.


            Khas kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan, galakan serta kata-kata semangat untuk menyiapkan latihan ilmiah ini, saya bersyukur kerana dihadiahkan sebuah pertemuan yang cukup indah sepanjang saya memijak bumi UKM ini. Sahabat handai  di Kolej Aminuddin Baki UKM, rakan-rakan di program Antropologi dan Sosiologi batch 2008/2011 serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan latihan ilmiah ini terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Semoga keberkatan Allah SWT mengiringi kehidupan kita dan kejayaan menjadi milik kita bersama. 





Thursday, April 7, 2011

im doing fine, InshaAllah..

dengar cerita, tarikh utk submit final draft di extend smpi selasa depan..

cerita ja pun kan?

dr smlm lah ak mengharap benda ni betul2 jd kenyataan..


sekali dapat msg dr member yg berbunyi 

" xde kenyataan rasmi ttg tarikh anjakan thesis..so tarikh anta tttp anta esok r.."


omg..

by hook or by crook submit esok. jangan tidur malam ni..
cek tesis dkt ptsl tuk bhgian isi kandungan suma2..

sekian..



thesis mode

Bismillahirahmanirahim..

mode tesis smpi bila2 pun xkan hilang..
minggu study week mcm buka study week jak..
isnin & selasa sibuk dekat fak sbb ada bengkel kerjaya utk final year FSSK..
so terlibat secara langsung lah.

draft pertama selamat ak terima balik ptg smlm..
petang rabu..
prof suh baiki sikit2 sb byk lg mau di betulkan..

esk submit sda..
utk di periksa dan dinilai.
75% markah tuk tesis letaknya pada yg akan ak hantar ni..

takut juga lah..
tawakal lah ak ni..
ak yakin Allah akan balas usaha aku setimpalnya..

jangan give up Wani Muchyz.
jom dgr lagu glory2 MU..