Thursday, May 16, 2013

Info Indeks Glisemik [GI]


Bismillahirahmannirahim

Pagi khamis yang ceria nampaknya.
lagi-lagi kita meraikan hari guru pada tarikh keramat dalam bulan Mei ni kan.. =D

GI??? John Doe tau la kan?
GI??
Macam jarang-jarang dengar..
Atau pernah dengar tapi tidak ambil kisah??

hihihihi.
GI ni sebenarnya Indeks Glisemik atau dlm bhs ibunda nya Glisemic Index. (GI)

Sejarahnya indeks glisemik digunakan untuk membantu pesakit diabetik memilih makanan yg sesuai.
pendek kata, org sakit kencing manis, bab pemakanan memang kena jaga lebih kan.

Indeks glisemik merupakan kadar ukuran kualiti utk karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat tersebut dapat menaikkan paras glukosa dalam darah.

antara faktor yg mempengaruhi GI ni misalnya

* kualiti makanan
* jumlah dan jenis karbohidrat
* tahap pemprosesan makanan
* kandungan protein dan lemak
* keasidan

biasanya indeks glisemik untuk makanan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :


makanan dengan indeks glisemikyang tinggi akan menaikkan kandungan gula dalam darah dengan mendadak manakala makanan dengan indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur- ansur.

So, mana yang baik? 

makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur-ansur, maka ia akan memberikan rasa puas selepas makan dan akan rasa kenyang utk jangka masa yg lebih lama

sebaliknya,, makanan yg mempunyai indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan peningkatan perembesan tenaga oleh badan tetapi hanya dalam masa yang singkat dan sementara. Jadi, badan akan merasa lapar semula dengan cepat walaupun baru sahaja makan dan mencetuskan rasa tidak puas atau craving for more. 


secara praktikalnya...

kadar GI yang kita consume bergantung kepada apa makanan yang kita ambil.
contoh macam dalam graph kat bawah ni ...


Apple - kandungan GI rendah = 38

Aiskrim - knadungan GI medium = 61.

saya faham dengan mudah macam ni.

kalau kita makan epal, kita akan kenyang lebih lama sebab GI rendah maka paras gula dalam badan akan naik secara perlahan-lahan. slowly. 

kalau makan aiskrim, kita memang akan cepat rasa kenyang sebab kandungan GI yang tinggi. badan pun proses glukosa dgn cepat. dalam masa yang sama akan cepat rasa lapar sebab kenyang yang sekejap.


No comments:

Post a Comment