Thursday, May 30, 2013

GLA Complex yang haruslahh SHAKLEE :)

^________^


Assalamualaikum semua 


GLA atau nama saintifiknya (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid bulanan. 

GLA merupakan sejenis asid lemak omega -6 yang digunakan oleh badan kita utk membentuk prostaglandin. 

apakah itu prostaglandin??
Prostaglandin ni adalah sejenis hormon dalam badan yg kita perlukan untuk membantu badan mengawal proses - proses badan yang normal. bahasa mudahnya, hormon prostaglandin ini sangat essential utk bantu badan kita beroperasi dengan baik dan maksima.

GLA complex terdiri daripada gabungan GLA, vit E dan sun flower seed oil.

Maka, minyak benih bunga matahari adalah salah satu sumber asid lemak omega - 6.
 GLA complex ini turut mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri serta menyokong sistem imun dengan memelihara intergriti sel. 

antara KHASIAT GLA complex ini....

  • membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • membantu meningkatkan kesuburan (bagi pasangan yg ingin mendapatkan baby)
  • melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • membantu menangani masalah / simptom menopous
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • membantu merawat ekzema (melegakan radang / gejala kulit)
  • melegakan simptom akibat artirtis reumatoid
  • menguatkan imuniti tubuh
  • mengandungi vit E menguatkan dinding arteri
  • memperlahankan proses penuaan
  • mengurangkan blood clot yg boleh menyebabkan serangan jantung
  • mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • mengawal kolestrol
  • utk fungsi saraf
membantu membaiki simptom berkaitan kencing manis seperti peningkatan sensititviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan

SIAPA YANG PERLU GLA COMPLEX

~mungkin anda, anda, anda ataupun andaaaaaaaa ~

Hubungi saya sekiranya berminat :)

 ~ hazwanizarifah@gmail.com ~

Thursday, May 16, 2013

Info Indeks Glisemik [GI]


Bismillahirahmannirahim

Pagi khamis yang ceria nampaknya.
lagi-lagi kita meraikan hari guru pada tarikh keramat dalam bulan Mei ni kan.. =D

GI??? John Doe tau la kan?
GI??
Macam jarang-jarang dengar..
Atau pernah dengar tapi tidak ambil kisah??

hihihihi.
GI ni sebenarnya Indeks Glisemik atau dlm bhs ibunda nya Glisemic Index. (GI)

Sejarahnya indeks glisemik digunakan untuk membantu pesakit diabetik memilih makanan yg sesuai.
pendek kata, org sakit kencing manis, bab pemakanan memang kena jaga lebih kan.

Indeks glisemik merupakan kadar ukuran kualiti utk karbohidrat dalam sesuatu makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat tersebut dapat menaikkan paras glukosa dalam darah.

antara faktor yg mempengaruhi GI ni misalnya

* kualiti makanan
* jumlah dan jenis karbohidrat
* tahap pemprosesan makanan
* kandungan protein dan lemak
* keasidan

biasanya indeks glisemik untuk makanan terbahagi kepada tiga kategori iaitu :


makanan dengan indeks glisemikyang tinggi akan menaikkan kandungan gula dalam darah dengan mendadak manakala makanan dengan indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur- ansur.

So, mana yang baik? 

makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah akan menaikkan paras glukosa dalam badan secara beransur-ansur, maka ia akan memberikan rasa puas selepas makan dan akan rasa kenyang utk jangka masa yg lebih lama

sebaliknya,, makanan yg mempunyai indeks glisemik yang tinggi akan menyebabkan peningkatan perembesan tenaga oleh badan tetapi hanya dalam masa yang singkat dan sementara. Jadi, badan akan merasa lapar semula dengan cepat walaupun baru sahaja makan dan mencetuskan rasa tidak puas atau craving for more. 


secara praktikalnya...

kadar GI yang kita consume bergantung kepada apa makanan yang kita ambil.
contoh macam dalam graph kat bawah ni ...


Apple - kandungan GI rendah = 38

Aiskrim - knadungan GI medium = 61.

saya faham dengan mudah macam ni.

kalau kita makan epal, kita akan kenyang lebih lama sebab GI rendah maka paras gula dalam badan akan naik secara perlahan-lahan. slowly. 

kalau makan aiskrim, kita memang akan cepat rasa kenyang sebab kandungan GI yang tinggi. badan pun proses glukosa dgn cepat. dalam masa yang sama akan cepat rasa lapar sebab kenyang yang sekejap.


Teachers make man's perfecto :)

Happy Teachers Day :)

16 Mei 2013





Syukran 
^_____________^

" Guru antara yang paling banyak saham akhirat. Ilmu diamal tidakkan luput. Terus mengalir ke dlm kubur "

Wednesday, May 15, 2013

Tinggi atau rendah metabolisma kita ??


Selamat petang para pembaca maya blog saya.
hehehe.
al-maklum, tuan punya blog baru mengaktifkan sesi penulisan blog. 
makanya, jangan pelik, jangan hairan kalau dalam sehari dua ni lima ke enam entri saya post. =D

For a quick start -- saya sediakan info pasal metabolisma dlu ya.

Kenapa saya sibuk-sibuk mau kongsi pasal metabolisma? 
mestilaaa kawan. 
tinggi rendahnya metabolisma kita sangat mempengaruhi cara kita handle dengan daily permakanan sekaligus penting utk tahu to do and don't utk mendapatkan berat badan ideal. 


apa itu KADAR METABOLISMA??

Okey..
Kadar metabolisma adalah kadar atau tahap atau keupayaan serta kemampuan dimana badan kita membakar kalori. basically, setiap orang manusia mempunyai kadar metabolisma yg berbeza. ada yang tinggi, so makan banyak mana pun tidak menjadi masalah. bagi individu yg mempunyai kadar metabolisma yg rendah, proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan akan menjadi slow dan adakalanya mengakibatkan sesetengah drp lemak tersebut 'terselamat' drp dibakar dan 'tersorok' jadi lemak dalam badan.

secara ringkasnya, saya akan berkongsi tentang 10 tips utk meningkatkan kadar metabolisma kamu, kamu, kamu, kamu, ya kamu, kamu dan kamu.

makan yang kerap tapi sedikit
* semasa kita makan, secara automatik kadar metabolisma meningkat sebab badan sedang 'bekerja' memproses makanan untuk dihadam. Bro Kevin pernah cakap makanlah lima atau enam kali sehari nasi tu tak menjadi hal asalkan kuantiti nasi yg diambil utk setiap meal hanya segenggam saiz tangan anda..


makan yang berterusan
*  tak makan boleh kurus? tak makan boleh mengurangkan berat anda? kalau ikut hati, memang kita rasa lagi mudah utk turun berat dgn tidak makan kan? ramai yang anggap macam tu. saya pun 'pernah'. haha
actually, once kita skip makan, sebenarnya kita sangat rugi. kalau kita skip lagi daily meal, sangat2 lah rugi. kenapa rugi?? 
bila makan badan kita kekal 'bekerja' utk proses penghadaman, lagi kerap kita makan, lagi banyak yang akan dibakar kalori-kalori dalam badan itu. sebab badan kita berkerja.

pengambilan protein secukupnya
* protein chain are harder to break kata bro Kevin. makanya, proses penghadaman akan buat otot kita bekerja lebih. hasilnya, kadar keupayaan kita utk membakar lemak akan meningkat.

perbanyakkan minum air suam, air sejuk atau air putih
* minum air sejuk bukan maknanya minum air dengan ais. minum air yg disejukkan tu boleh. 
bila kita minum air sejuk, badan kita akan membakar kalori utk memanaskan kembali badan. 

makan spicy food more 
* lagi banyak makan makanan pedas, lagi banyak kalori akan dibakar semasa proses penghadaman.

berjalan dengan pantas


gunakan tangga secara maksimum


shaklee ~ inikalilah :P

Kronologi yang macam bukan kronologi.

Macam sama ja semua gambar2 ni kecuali gambar raya. 
Masa raya nampak la pipi tu jatuh sbb puasa sungguh2 makan sekali seari. 

Alkisah.
Start shaklee pada 11 disember 2012.
 masa trip Pangkor 28 dis 2012, Makcik saya cakap badan saya dah start mengecil balik.
baju2 saya pakai pun dah semakin longgar.

gambar yang menimbulkan banyak persoalan dan kata-kata nasihat utk kurus dari seluruh anggota keluarga adalah bertarikh 25 nov 2012.



TQ


kalau ikut zaman betul2 kurus, zaman sekolah dengan zaman belajar U. 
sebab saya dan kawan2 suka jogging petang2 dalam seminggu adalah 2 atau 3 kali. hohohoh


Hak saya :)
 zaman praktikal saya yg muda. :)

hak saya sahaja

see? saya dah jadi budak yg tembun dalam sekelip mata.

Alhamdulillah. 
Shaklee dan saya berpadu tenaga dan usaha dalam misi saya mendapatkan berat badan ideal saya mahukan. 

hak saya. Maaf :)


p/s : mungkin pasni ada orang akan komen ~~

"teknik pakai tudung je membezakan. "
 tapi saya sendiri rasa perubahan setiap inci sisi badan saya mengembang dan mengecut. itu realiti. hehe.

Wani Muchyz dan Shaklee

Salam  :)

Hari ni bersamaan 5 Rejab, saya rasa terbuka ruang hati untuk share pasal produk yang saya guna sejak limab bulan yg lalu.
Ya, SHAKLEE. 

produk shaklee ni sebenarnya sudah lama berada dalam pasaran.. kewujudannya memang diketahui umum. kebaikan, keberhasilan bergantung pada kepercayaan dan keyakinan serta kesungguhan kita dalam penggunaan utk kehidupan seharian masing-masing.

Al-kisahnya saya start shaklee sbb pening, rungsing dan senak sebab bila balik kampung november tahun 2012 utk kenduri kahwin pakcik saya, semua saudara mara, famili asyik ulang ayat yg sama.

"Eh, wani besarnya."
"Eh, wani kenapa berisi sangat ni?"
"wah, senang hati orang KL ni.. "(saya kerja dkt KL, still i'm Sabahan)
"Meng, dalam gambar fb tu macam kakak x knl sudah. lama kakak tengok gambar FB tu."
"wani, kenapa kau makin bulat ni? Baik ko jaga makan. Muda lagi kamu ni."


Ni antara beberapa poin-poin umum yg ditujukan direct di telinga saya tapi kesannya sampai ke hati. 
 tidaklah saya menafikan sejak setahun bekerja, berat badan saya memang naik dengan serius punya tahap mendadak. hahahaha

Masa mula masuk kerja on nov 2011, berat saya dalam 53kg.
sampailah sekarang dah lebih kurang setahun enam bulan saya kerja, berat saya pernah capai 65 kg. =.=
Tolonglah jangan terkejut sebab itu memang hakikat yang saya sendiri rasai dan alami.

orang kata kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 
MAKA, tanggal 11 disember 2012, saya decide utk try produk yg saya rasa affordable dan mudah utk saya hadam, telan serta murah dan diyakini ramai (based on testimoni yg saya baca)

saya jumpa FB kak Nini. 
memang masa tu Allah mahu kenalkan saya dengan kak Nini kan sebab Allah tahu apa yg saya perlukan.
so, saya PM kak Nini tnya pasal Shaklee.
 Saya bagitau masalah berat badan yg saya hadapi, masalah kulit yg saya mahu tangani.

Kak Nini  explain satu2 produk yg mungkin saya rasa mampu dan sesuai dengan bajet yg saya ada.
utk masalah berat badan berlebihan, saya di suggest utk guna Lecithin dan Herbalax. 

Lecithin ni bagus sebab fungsinya utk memecahkan lemak / kolestrol dlm badan. 
utk h-lax pula, saya perlu ambil sebab saya menghadapi masalah sembelit yg tidak lah teruk mana tapi akan tetap sembelit. haha. 
paling best psl h-lax ialah fungsinya membantu menyahtaoksinkan badan. yg mana segala toksin2 makanan yg terkumpul hasil permakanan sejak bertahun-tahun (ikut selama mana kita sudah start belajar sumbat segala jenis rasa, bentuk dan warna makanan) heee dalam badan kita. 

Secara automatik, saya tertarik hati utk mencuba. sebab saya yakin utk memberi peluang kepada diri saya. saya sayangkan diri saya. ini salah satu ikhtiar saya boleh cuba.