Monday, January 30, 2012

sesalan *macam tajuk lagu punya entri*


kadang-kadang memang tanpa sedar mulut ni laju jak bantah itu bantah ini..
saya bukan lah kategori orang yang ada tahap kesabaran yang tinggi.
apa yang terbayang di mata, terlintas di hati akan terdetik dalam jiwa lantas tercetus dalam bentuk ucapan .
sama ada kata-kata berunsur ketidakpuasan hati, ketidaksenangan mahupun ke"SENGAL'an.

okay sekian.

Wednesday, January 25, 2012

mabruk :)





Semoga pasangan Ally Iskandar dan Puan Farah Lee bahagia dunia dan akhirat..

*suka sangat tengok gambar-gambar kahwin orang-orang handsome dan cantik*

Wednesday, January 11, 2012

seorang budak itu kan..

lokasi kejadian di flat tentera tempat Sheera di baby-sitterkan..


WM: Haiii :)
Budak : ehh, haii [muka terkejut]
Budak : aciikk, [omaii. dia paggil WM makcik. mayb faktor tudung mcm nenek-nenek aku pakai]
WM: yaa..
Budak : acikkk orang mana?
WM : err, rasa-rasa?
Budak : Kelantan....
WM : [ketawa]  SABAH lahh.. sisi mana lah budak ni nampak kelantan ituu...


lokasi gerai statistik bukit aman

Kak Yoges : dia ni kan cakap takde slang Sabah pun kan..
WM : er, oh..hehe...
Kak Sya : a'ah, tak bunyi pun..
Kak Yoges : yelah, tengok muka dia pun tak nampak macam Sabah.. nampak macam orang sini...
WM : hehe. speechless smbil hirup mihun sup panas pagi-pagi itu..
Kak Sya : awak memang orang Melayu Sabah ke?
WM : iya, saya suku kaum Melayu Brunei Sabah kak.. :)
dan memang saya bangga jadi Sabahan ^^
sekiann, banyak post saya hari ini ..

empat itu ~




empat kecelakaan manusia.


1.kedekut.

2.hawa nafsu

3.amarah

4.hasad dengki.
 

sebagai hamba Allah yang serba serbi ada kekurangan, WM akui ada empat-empat sifat negatif ni.
kedekut sebab terbiasa berjimat sejak duduk jauh dari family.kerana hidup bersederhana diutamakan. imagine, WM kalau mo beli barang apa-apa ja, kena 
ambil-angkat,-cek harga-letak balik- jeling balik-balik-angkat balik-hati tanya-tanya patut beli atau tidak. 
[10 kali juga la buat sebelum decide] 
*ini kira kedekut kah* :)

hawa nafsu 

oleh kerana WM tergolong dalam kalangan orang yang KUAT BERANGAN macam-macam
jadi keinginan hawa nafsu untuk beli barang-barang macam orang lain ada juga tinggi.
tetapi berjaya dibataskan kerana WM sangat berjimat.
lagi pula, selagi WM x tengok barang itu terus suka-rasa tidak mahu lepas, alamat zip purse tidak akan dibuka lah. 
WM pencinta pandang pertama tahu.
kalau ada thungs yang WM nampak terus suka, tanpa syak wasangka WM akan approach utk dapatkan nya.:p
AMARAH..[jengjengjeng]
 
WM kan anak sulung.
mestilah darah pemimpin ada sikit-sikit tunjuk aura serikandi.
haha.
yang ini memang cuba di atasi sebab WM sedang belajar untuk berSABAR.
 
HASAD DENGKI..
yang ini berkemungkinan kerana WM sejak dr dahulukala memang dipenuhi permintaan oleh Babah dan Mama sekiranya WM berkeinginan akan sesuatu. 
tetapi yang munasabah lah kan.
x kan lah WM minta yang mahal-mahal tak hengatt...
sentiasa yang reasonable lah apa yang di minta..
hasad bukan tetapi jealous itu ADA..:) 
ok, terima kasih..:P

Ulasan : Hukum wish 'selamat' sama kawan-kawan non-muslim

Artikel asal dipetik drp Utusan Malaysia bertarikh 11 Januari 2012.

Mesti ramai antara kita semua tertanya-tanya apa hukum orang Islam mengucapkan tahniah dan selamat sempena perayaan agama bukan Islam kan?

okay, sila fokus pada yg mahu tahu tu.
WM akan sediakan mini entri pasal isu ni k.

menurut artikel yg disediakan bersumberkan Jabatan Mufti Negeri Selangor
  • apa jua amalan dan perlakuan orang Islam dalam hal-hal yg berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad atau pegangan seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau anggap semua agama itu sama , maka ini adalah ditegah.
  • namun, jikalau amalan atau perlakuan mengucapkan selamat dibuat atasa dasar KEMASYARAKATAN atau HUBUNGAN SOSIAL antara Islam dgn bukan Islam bagi tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam. [selagi mana ucapan itu tidak memuji, mengiktiraf atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan dalam ucapan tersebut]
  • contohnya : lambang BINTANG 6 merujuk kepada agama Yahudi.

Tuesday, January 10, 2012

Terima Kasih Allah sebab sayang SAYA :)

"Didatangkan pada kamu kegembiraan dan diselitkan sedikit kesedihan.Kegembiraan yang memerlukan keputusan menyerlahkan sedikit kegusaran.Dinamakan dugaan agar kamu tahu berfikir secara matang,mensyukuri apa yang dikurniakan dan percaya dengan apa yang ditentukan pasti ada hikmahnya."
 
Alhamdulillah, rasa bersyukur yang amat sangat kerana hati mula rasa manisnya ketenangan ..
Semoga hari-hari anda juga begitu. 

Tuesday, January 3, 2012

entri luahan hati. sila jangan baca sampai kamu pikir 'oh, aku kah dia cakap tu?'..# just saying..


entri bila duduk jauh-jauh begini lah.
semua bajet sedih ja kalau rindu rumah.

betul-betul nda sangka umur 24 merasa juga pengalaman kerja.
merasa juga hasil duit sendiri kerja.
xlagi minta duit babah, susahkan babah.
adalah juga nanti boleh tolong2 babah lepas ni.


***

adat menumpang kan.
kadang-kadang memang segan-sumpah-xtipu..
x sedap ba bergantung sama orang.
sudahlah pergi-balik kerja 90% makcik yg tolong tumpangkan wm.
soalnya, wm takut mo belajar drive tau.

then, bila wm stress.
wm kalau boleh sehabis daya x akan cerita apa2 pasal hal-hal sedih sm mama.
karang sedia lah terima kejutan dari mama.
'bah, mulih tah ke sini. tunggu saja paciemu unjarkan keraja di sini'

itula tu.
wm xmo.
kerja sini okay pun juga.
alhamdulillah.
cuma elemen susahkan family makcik buat wm risau dari hari ke sehari.
kalau babah atau mama atau dzul okay ja wm mo merengek, merungut. 
ini sudahlah ditumpangkan, wm kena pandai-pandai la jaga diri, bawa diri.
wm memang boleh hidup indie. 
mama ja x bagi.
kesian, serius sama family makcik.
sejak duduk sama dorg, mesti dorg kurang privacy sudah.
i wish, i kaya ada lesen i beli itu kereta...
i drive sendiri, i free mo jalan mana-mana.

actually banyak hal wm teringin mo luah sama seseorang yang betul-betul boleh buat wm nangis & rileks lepas itu.
rasanya title pendengar terbaik setakat ni ANUM. 
tapi sejak dua menjak ANUM ada dunia sendiri, wm juga yang terkapai-kapai legakan hati sendiri.
buat tenang perasaan.
bukan senang wm mo luah sama siapa-siapa even besfren pun. sebab wm sangat memilih. kalau bab sakit dalam hati, pedih dalam jiwa [ayat ni bah, stylo..:p] wm rela kongsi mengadu padaNYA.
wm xmo lah kena cakap 'menjaja cerita itu ini'
sebabnya?

sebab, wm still rasa perkara tu undercontrol.
pernah jadi dahulukala, satu kejadian yang memang uncontrolable. 
dunia wm sangat suram. entri dalam blog pun bajet sedih sangatsangat.

sekarang perasaan wm xla sesedih yang dulu, cumanya wm mau kawan utk mendengar luahan cerita wm. 
seorang yang boleh wm pikirkan utk cerita semua-semua ini ANUM jak.

wm tau anum kadang-kadang baca juga blog ni. so, silalah TERASA MAKAN CILI PADI sebab kau susah sangat mau dihubungi. bikin mood hilang ja.. bilang family comes first, tapi bila aku betul2 mau cakap sama kau, ada ja alasan. last msg aku bagi semalam, serius memang aku nangis taip.
ANUM ni actly best sebab dia cool.
apa-apa wm cerita panjang-panjang atau xfaham jalan cerita wm cakap, dia tetap bagi cool down.
kadang-kadang wm memang xperlu nasihat yg berjela-jela, sekadar dengar luahan wm, bt wm nangis utk kasi relaks perasaan, then u DONE. 

terapi saya memang pelik tapi berkesan.

wm bukanlah kuat mana, tabah mana.
wm sangat penyedih juga orangnya.

tapi still, wm percaya Allah sentiasa DEKAT. 
bila wm hilang sabar, cepat-cepat wm pikir benda baik-baik.

selain ANUM, wm ada rs SAFRA juga ada kriteria yang sama utk legakan hati wm.
dia dengar, dia kasi simple nasihat, simple ayat sampai wm gelak ketawa, nangis dan okay :)

baru-baru ni, bila rasa sedih ja datang, wm pegang nset, scroll fon turun naik tapi xtau mau share sama siapa.
last-last wm pg keluar duduk depan beranda umah makcik, amik angin di sana.

xkan la wm mo mesej fairuz. punya kicil budak itu. wm luah apa-apa pn, bln dpt feedback yang best.
babah pula ada ja aktiviti hariannya.
dzul tu terlampau rileks la pula. 
besties, mesti ada dunia masing-masing sudah.

akhir sekali :
luah sama Allah yang Maha Mendengar.
hati lebih tenang.

p/s: wm takut mo susahkan orang. sedaya mungkin wm cuba utk indie dalam usia 24 tahun ini. 
lagipun kebanyakan luahan wm itu berkisarkan perasaan ditindas sahaja. 
small matters pada orang-orang lain, tapi bagi wm harus diluahkan sebab simpan dalam hati, rasa berat sangat sampai bila mau tidur memang akan basah bantal dahulu.

sekian, entri panjang lebar yg memang boring.
janganlah baca sebab tiada kaitan sama sesiapa yang berkenaan.


 

welcome 2012 :)


Here we are now ;

Its 2012 dearr ^^

its the time to bid good-bye to 2011 and WELCOME 2012.

Resolusi 2012?


isunya 24.
Alhamdulillah, sempat lagi menghirup udara tahun 2012 kan kita semua..

sebaik-baiknya resolusi yang mahu dicapai sepanjang tahun 2012 ini dan tahun-tahun akan datang InshaAllah sepeti berikut ..

  • stay fit : ini penting. bak kata 'good health gives one freedom to enjoy good things in life'
  • spend time with ur loved one
  • money management : yalaa, ini wajib belajar. duit tu baii. kalau orang mo kawen tu kena cakap darah manis, duit ni pula kertas maniss. pantang nampak dalam purse, ada seja yg di plan mo di beli. dahulukala time belum punya kerjaya, macam-macam yg di angan mo di beli. sekali sudah dapat duit, boleh-boleh mood beli barang tu hilang.. pelik? WM lagi kepelikan. sangatsangat dow pelikk. huhu. maybe faktor tiada-teman-mo-bawa-shopping. haha. Start SAVING dearr WM 
  • picking up a new skill : the best way to feel alive is to do something different and new each day. WM azam tahun ini supaya jadi lebih indie dan say no-more utk rely on others much. [part ini akan keluar dalam entri khas. :p]
  • break the monotomy : kill ur routines. haha. saya bukan orang kepala gila-gila. saya memang kaki nebes takk hengatt. people need to change bah kan? okay, InshaAllah saya cuba. 
  • life beyond work : do things in life that defines you as as person. okay WM listen. 
    • baiki diri jadi lebih sabar. banyak-banyak sabar.
    • banyak-bayak istghfar.
    • rezeki bertambah luas dengan amal kita. sedekah umpamanya sayang. 
 resolusi best yang saya edit hasil nukilan di sini :
The only person you have to be better than is the person you was yesterday :)