Artikel asal dipetik drp Utusan Malaysia bertarikh 11 Januari 2012.
Mesti ramai antara kita semua tertanya-tanya apa hukum orang Islam mengucapkan tahniah dan selamat sempena perayaan agama bukan Islam kan?
okay, sila fokus pada yg mahu tahu tu.
WM akan sediakan mini entri pasal isu ni k.
menurut artikel yg disediakan bersumberkan Jabatan Mufti Negeri Selangor
- apa jua amalan dan perlakuan orang Islam dalam hal-hal yg berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad atau pegangan seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau anggap semua agama itu sama , maka ini adalah ditegah.
- namun, jikalau amalan atau perlakuan mengucapkan selamat dibuat atasa dasar KEMASYARAKATAN atau HUBUNGAN SOSIAL antara Islam dgn bukan Islam bagi tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam. [selagi mana ucapan itu tidak memuji, mengiktiraf atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan dalam ucapan tersebut]
- contohnya : lambang BINTANG 6 merujuk kepada agama Yahudi.
No comments:
Post a Comment