Walaupun WM agak terlewat mengucapkan salam ramadhan tahun ini, namun doa WM sentiasa panjangkan utk semua kawan2 dan sanak sedara yg mengenali diri ini seadanya..
Bersempena Sayyiidul ayyam pertama dalam Ramadhan 1433 Hijrah tahun ini, saya sebagai pemilik mutlak lagi hakiki blog ini ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh istiqamah.. ^_________^
Hari ini, tidak seperti minggu2 ceramah pada setiap bulan, JPM menganjurkan ceramah mingguan sepanjang bulan ramadhan. Alhamduillah, Allah bagi ruang, kelapangan dan kesempatan utk turut serta dalam misi pencerahan ilmu sbgi hamba Allah. Terima kasih Allah.
Bagi ceramah hari ini bersamaan 27 Julai 2012 / 7 Ramdhan 1433H ~
disampaikan oleh Imam Muda Asyraf.
Label IM sendiri rasanya sudah buat saya teruja menghitung hari utk mendengar ceramah yg bakal disampaikan. Alhamdulillah, banyak ilmu yg sempat IM kongsikan sepanjang 1 jam 45 minit.
*RAMADHAN BULAN IBADAH*
Pengisian ringkas :
# syarat penerimaan ibadah : Ikhlas, tepat kerana Allah SWT ... Ikut, tepat seperti Nabi SAW..
# Semua yg Allah bagi dekat kita itu menunjukkan betapa PEMURAHnya Allah. Tetapi bila Allah bagi sakit, bagi susah, bagi kesakitan, utk paksa kita ingat pada Allah. DIA bagi kita takut, risau, ada kecelakaan utk bagi kita sentiasa ingat padaNYA.
Terima kasih IM Asyraf :) |
No comments:
Post a Comment