Wednesday, November 7, 2012

I love you ^___^

Happy Birthdayy Babahh


I may have not told this to you, but I have always secretly wished to grow up and be just like you, because you are the best example of a perfect human being and an awesome Daddy. Birthday wishes and blessings are coming your way.No birthday cards, wishes, greetings or messages can express in words the amount of love and respect I have for you. Wishing you a very Happy Birthday, dear Father.

Thursday, September 27, 2012

Mari menjadi HambaNYA yang sentiasa bersyukur :)

Bismillahirahmanirahim 
:D

Saya kini kembali bersiaran di alam maya hari ini. 
ehee~

Apa yg terbaru sepanjang bulan ramadhan, syawal dan kini masuk kita ke bulan Zulkaedah kan kawan2?
Tidak ada yang banyak mampu utk dikongsikan pun. [ayat-bajet-tidak-ada-motif]

Mari kita baca doa ini sama-sama ya kawan :

"Ya Allah, aku memohon kepadamu sebenar-benar tawakal kepada-MU dan bersangka baik dengan-MU."

Aaaaminnn. 

ALHAMDULILLAH


Friday, July 27, 2012

Ramadhan 07 ALHAMDULILLAH :)

Salam Ramadhan Kareeemm.
Walaupun WM agak terlewat mengucapkan salam ramadhan tahun ini, namun doa WM sentiasa panjangkan utk semua kawan2 dan sanak sedara yg mengenali diri ini seadanya..

Bersempena Sayyiidul ayyam pertama dalam Ramadhan 1433 Hijrah tahun ini, saya sebagai pemilik mutlak lagi hakiki blog ini ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN dan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh istiqamah.. ^_________^

Hari ini, tidak seperti minggu2 ceramah pada setiap bulan, JPM menganjurkan ceramah mingguan sepanjang bulan ramadhan. Alhamduillah, Allah bagi ruang, kelapangan dan kesempatan utk turut serta dalam misi pencerahan ilmu sbgi hamba Allah. Terima kasih Allah. 

Bagi ceramah hari ini bersamaan 27 Julai 2012 / 7 Ramdhan 1433H ~ 
disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. 

Label IM sendiri rasanya sudah buat saya teruja menghitung hari utk mendengar ceramah yg bakal disampaikan. Alhamdulillah, banyak ilmu yg sempat IM kongsikan sepanjang 1 jam 45 minit. 

*RAMADHAN BULAN IBADAH*

Pengisian ringkas : 

# syarat penerimaan ibadah : Ikhlas, tepat kerana Allah SWT ... Ikut, tepat seperti Nabi SAW..

# Semua yg Allah bagi dekat kita itu menunjukkan betapa PEMURAHnya Allah. Tetapi bila Allah bagi sakit, bagi susah, bagi kesakitan, utk paksa kita ingat pada Allah. DIA bagi kita takut, risau, ada kecelakaan utk bagi kita sentiasa ingat padaNYA. 



Terima kasih IM Asyraf :)

Tuesday, June 12, 2012

produk organik VS NON-vege macam saya .....

Assalamualaikum wbt.

DAY-2 minum produk organik.
Feel like wwaaalllaaaaahhhhh. hehehe.
Err, sebagai NON-vege, amatlah sukar tekak saya mahu adapt dengan perisa dan rasa organik itu sendiri melalui ruang legar anak tekak saya.

Paling teruk pun saya akan tutup hidung dan teguk setiap 150ml. diselangi dengan 50ml air suam.
Saya tidak boleh minum secara berterusan ONE GO. 
silap hari bulan boleh mengalir titisan air jernih dari kelopak mata. hahaha
*bajet macam kena paksa minum kan?*

Oh yeah, saya perlu paksa diri utk berdisiplin.
Habiskan apa yang perlu dihabiskan.
Duit melayang okay beli produk organik.

Tujuan saya hanyalah utk membuang toksin dalam badan.
memandangkan berat saya 5* suda sekarang.
=.= 

Tetapi doa saya semoga Allah kurniakan kesihatan tubuh badan yg baik., kesihatan penglihatan, kesihatan pendengaran yg baik. ^____^

Setiap hari saya kena makan  MINUM 3x sehari patutnya.
Pagi 350ml air, 1 suku scope organik greenfield, 2 scope serbuk jus epal, dan 2 scope soya. 
Paling SEDAP  sangat~~ Organik greenfield dgn soya.
bila campur rasa sangat.................................

eeeyeeewwww. hehehe.


BUT, saya hanya mampu minum dua kali sehari.
sebab saya tinggalkan di opis.
sebelah pagi dan petang sahaja saya sempat minum.
makan pun macam biasa juga.


-.- 
 rasanya lambatlah lagi nampak kejayaan saya.
huhuhu.

*ih yes, saya kena minum 350ml setiap intake dan saya juga dengan peraturan sendiri akan tambah minum air suam 250ml stp kali intake itu. hehehe..


INI lah menu saya. utk pagi ini.

kalau berjaya, saya akan REVEAL whole produk. hehehe


Friday, June 1, 2012

11 REJAB


Assalamualaikum 
Alhamdulillah, 11 Rejab kita jejaki hari ini.

*alhamdulillah*

hari semalam, kami dengar ada ura-ura.
nama pun ura-ura, walauapapun yg akan jadi, semoga Allah bagi ketabahan utk menghadapi segala macam kemungkinan.

Allah bagi apa yg kita
perlu, bukan yg kita mahu.

WM ambil nasihat itu semat dalam-dalam, dan sekali lagi tiup dlm firi cakap
 "
pertemuan dan perpisahan itu resmi hidup manusia lemah macam kita, kita dan kita semua.

Rezeki Allah maha LUAS. Tidak terbanding dengan nikmat yg kita perolehi sepanjang hayat kita berhutang nikmat dengan Allah.

Sekian, siaran 11 Rejab daripada saya.






Thursday, May 31, 2012

instgram ~ what the HECK? hahaha

Assalamualaikum kawan-kawan.

Alhamdulillah, sudah sampai ke rejab ke-10.
rasa kesian pula kan WM ini.
update harian via BLOG. hahaha

entri tajuk khas tuuuu.
semalam saya semangat lah cari sesuatu yang saya idam-idamkan since saya sudah bekerja ini.
untuk TREAT diri saya sebenarnya.

then apabila fikir punya fikir punya fikir, patut atau tidak saya dapatkannya..


tidak mengapa, kita berangan dulu lah bah kan.
nanti-nanti ada rezeki, kemahuan kuat baru dapatkan.

SO, instgram itu adalah kriteria yang diperlukan sebab nampak KLASIK..

macam mana hati tidak tertawan?


Wednesday, May 30, 2012

*clueless wednesday WM

30 Mei 2012

***

It's been a while since saya buat praktikal di Muzium Sabah tahun lepas.
Utk penduduk rakyat jelata negeri Sabah yang ku rindui, selamat bercuti UMUM Keaamaatan ya :]

Kalau di Sabah cuti-cuti pesta menuai ini lah macam-macam agenda akan berjalan, berlangsung dan berjalan.
Kenduri sana sini, kahwin sedara sebalah situ, sebelah sini, dekat jauh.
Mama lah orang paling busy meningat siapa punya anak, orang mana yangakan kahwin minggu sekian-sekian.
 SERIUS,
attend kenduri kahwin NOT MY TYPE ok.


akan tetapi Babah pernah cakap dulu bila saya cakap tidak mahu menghadiri majlis orang kahwin.

Babah :  Jangan sebab belajar jauh-jauh, sampai sombong nda mau kenal saudara mara.
WM:  *dlm hati ~ nda niat pun mcm tu* 
*buka mulut~ Bukan sebab tu la Baa. Malas lah mau datang sana. Nanti jumpa orang, mesti dorang cakap... ee, besar sudah anakmu. bujang sudah..blablabla..*
Babah : Biarlah, memanglah. time ni lah kau kenal sanak saudara. Mun kami nada sudah, siapa lagi kan mengenalkan?

WM:  tengoklah macam mana.. =.=

akan tetapi, kalau babah bawa datang open house atau beraya rumah sanak saudara WM suka.
sebab makan. hahaha.
bukan saya ini anti-sosial tetapi saya memang kurang selesa bila campur dengan ramai-ramai orang. rasa kecil sangat diri ini.

okay, apa tujuan entri ini?
 tiada apa-apa pun.


hahahahahahahahahaha


Okay, sekian. Bye-bye.
Mari layan JAB WE MET sebab semua channel k-pop yg dilayari telah disekat oleh pihak ICT. 
tidak tahu ianya berlanjutan ataupun sementara.

Selamat Bercuti semua. 


* kodek-kodek incik Goggle jumpalah dia ini.*