Saturday, April 9, 2011

^__________^

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian serta rasa kesyukuran diberikan kepada Allah SWT kerana dengan kasih sayang dan izinNYA, latihan ilmiah ini dapat disiapkan. Latihan ilmiah ini khas saya dedikasikan buat kedua ibu bapa saya Encik Anas Hj Yussof dan Puan Habibah Binti Kalong yang selama ini telah mengasuh, menyokong dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada saya.

            Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada Prof Dr Rahimah Abdul Aziz selaku penyelia saya atas nasihat, bimbingan dan segala bantuan yang telah diberikan. Saya amat terhutang budi kepada beliau yang dalam kesibukannya, sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk memberikan bimbingan dan teguran sehingga latihan ilmiah ini dapat disiapkan.

            Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi UKM yang telah menyajikan ilmu pengetahuan kepada saya selama ini. Penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (Sabah/Labuan) Datuk Misri Barham serta En Black selaku pegawai di Rumah Perlindungan Rumah Ehsan yang banyak meluangkan masa dan memberikan kerjasama untuk saya mendapatkan maklumat tambahan bagi latihan ilmiah ini.


            Khas kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan, galakan serta kata-kata semangat untuk menyiapkan latihan ilmiah ini, saya bersyukur kerana dihadiahkan sebuah pertemuan yang cukup indah sepanjang saya memijak bumi UKM ini. Sahabat handai  di Kolej Aminuddin Baki UKM, rakan-rakan di program Antropologi dan Sosiologi batch 2008/2011 serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan latihan ilmiah ini terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Semoga keberkatan Allah SWT mengiringi kehidupan kita dan kejayaan menjadi milik kita bersama. 





No comments:

Post a Comment